Kursus Landscapes & Travel: Merupakan kelas pembelajaran secara langsung (live) dalam talian melalui program Zoom. Peserta boleh belajar dari rumah, tempat kerja, atau di mana sahaja. Kursus ini sesuai untuk mereka yang telah menamatkan kursus peringkat Beginner atau yang telah mempunyai pengalaman dalam fotografi untuk suatu tempoh.

Kandungan kursus merangkumi penggunaan fail RAW – keajaiban kamera digital, teknik komposisi lanjutan, serta fotografi pelancongan (Travel Photography) seperti fotografi seni bina, kehidupan dan budaya masyarakat, acara perayaan dan festival. Selain itu, turut merangkumi fotografi landskap (Landscape) seperti gunung-ganang, kabus dan awan, aliran air serta lautan.

Kursus ini juga meliputi perancangan penggambaran untuk memohon pengiktirafan atau anugerah fotografi daripada persatuan fotografi dalam dan luar negara. Terdapat juga satu sesi penggambaran luar (field trip).